apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal.. | Saudara Ismah, Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 14.04.2010 |