Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
REGISTAR NOW | DAFTAR SEKARANG DAFTARLAH SEKARANG (KEDUA-DUA PADANAN KATA BETUL) | Lain-lain | 26.11.2010 |
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama? | Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Makna | 16.08.2010 |
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. | "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?) | Ejaan | 19.09.2011 |
Murid sekarang perlu berkuasa dalam bidang komputer untuk maju dalam pelajaran. munsyi, ADAKAH BERKUASA DALAM DALAM AYAT INI GRAMATIS? tERIMA KASIH SEKALUNG BUDI PIHAK DBP | Perkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah menguasai. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
adakah sekarang ini perkataan yang digunakan ** dalam kalangan atau di kalangan contoh ayat... 1. Faktor Amalan Rasuah dalam kalangan penjawat awam atau 2. Faktor Amalan Rasuah di kalangan penjawat awam penggunaan ayat yang betul 1 @ 2 sekin.terima kasih | Puan Norhatini, Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan, kerana fungsi di menunjukkan arah tempat dan masa. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak ' | Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya. | Tatabahasa | 17.04.2009 |
Pada marcapada ini betul ke? Marcapada ini? atau Marcapada sekarang? yang mana satu betul? | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. Melihat kepada aspek makna kata marcapada boleh didahului dengan kata sendi nama pada tetapi tidak dapat diikuti oleh kata ini dan sekarang. | Tatabahasa | 06.09.2011 |
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan? | Jawapan 1: Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda " " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya. Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan. Jawapan 2: "yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
| Tatabahasa | 29.03.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya sekarang DBP ada jawatan kosong sekarang?Saya berminat bekerja di DBP. Harap maklum | Kami akan mengeluarkan iklan pelawaan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan kosong di DBP dalam tempoh terdekat. Sila layari laman web DBP dan juga melihat iklan kami yang akan disiarkan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. | Lain-lain | 06.06.2008 |
Tuan, benarkah sekarang kita menggunakan Orang Kelainan Upaya bukan lagi Orang Kurang Upaya? Terima kasih diatas pertolongan tuan. | Sekarang kita masih menggunakan Orang Kurang Upaya bagi OKU. | Lain-lain | 06.10.2009 |