Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah "murid-murid sekalian" betul? "Sekalian" membawa maksud semua, adakah kata ganda hendak dikecualikan? | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan murid sekalian. | Tatabahasa | 07.09.2013 |
Yang manakah betul? 1. rakan-rakan sekalian 2. rakan sekalian | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya. Istilah yang manakah benar? 1. Rakan sekalian 2. Rakan-rakan sekalian Terima kasih. | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya kepada saudara@saudari. Antara berikut, yang manakah betul? 1)guru-guru dan rakan-rakan sekalian 2) guru-guru dan rakan sekalian 3) guru dan rakan sekalian Pendapat saya, yang betul ialah no 3. Hal ini adalah kerana sekalian telah membawa masuk jamak dan tidak memerlukan kata ganda di depannya. Walau bagaimanapun, pendapat daripada pihak saudara@saudari amatlah saya hargai. Terima kasih. | Ayat no. 2 betul, no. 3 juga betul. Pendapat saudari benar, perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. Ayat no. 2 betul kerana perkataan "sekalian" digandingkan dengan perkataan rakan, bukan guru-guru. Ayat no. 3 juga betul sekiranya dalam konteks majlis tersebut hanya seorang guru sahaja yang ada. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Salam sejahtera. Ayat berikut ada apa kesalahan ? perlu ada "sekalian"? Salam sejahtera, Tuan pengerusi majlis, Guri besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. | rakan sekalian ataupun rakan-rakan. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan | 1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang. 2. "Para hadirin" sahaja. 3. Saudara-saudari 4. Tuan-tuan dan puan-puan 5. Betul. 6. Betul. 7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi". 8. Betul. 9. Guru semua atau guru-guru. 10. Betul. 11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?". 12. Salah. 13. Betul. 14. Betul | Tatabahasa | 07.05.2013 |
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ? | Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian... | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Soalan 1- Timbul keraguan tentang lagu "Negaraku", buku teks BM tahun 1 ms86,"ditulis lagu Negaraku, yang manakah betul? Soalan 2- adakah murid-murid sekalian, para murid sekalian betul ? Terima kasih | 1. Ejaan yang betul ialah lagu Negaraku - tidak perlu tanda petik (" ") kecuali apabila menulis tajuk buku, bab dan sebagainya. 2. Ungkapan yang betul ialah sekalian murid atau murid-murid. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Di sini, saya ingin bertanya satu soalan,Diharap tuan dapat membantu saya. Antara rakan sekalian dan rakan-rakan sekalian, yang mana betul? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2009 |
"Kamu" digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu sahaja ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamu bermaksud 1. kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau 2. bererti atau sama dengan kamu sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua. Berdasarkan maksud yang diberikan, kamu boleh menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu orang sahaja. | Makna | 14.04.2011 |