Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud perkataan citation dalam bahasa melayu | Padanan bahasa Melayu bagi citation ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 02.03.2010 |
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasih | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut. | Istilah | 15.02.2012 |
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL? | Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut. Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980. Terima kasih. | Lain-lain | 09.03.2010 |
|
|