Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasih | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir? | Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara. | Lain-lain | 25.01.2008 |
Ada saya terbaca penggunaan perkataan secubir gambir bagi menggantikan penggunaan perkataan perutusan. Saya telah menyemak dalam kamus dewan edisi ketiga, tapi tiada. Mohon pengesahan sama ada kewujudan perkataan secubir gambir. | Perkataan yang biasa digunakan ialah secubit. | Lain-lain | 28.01.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata secubit |
|
Puisi |
---|
|
Pokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang.
Lihat selanjutnya... |
|