Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasih | Sebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini? | Lihat Lampiran | Lain-lain | 15.05.2012 |
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 11.05.2011 |
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas. | Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan. | Tatabahasa | 13.01.2011 |
1. Adakah betul kalau saya sebut atau tulis "kamus istilah" bagi mewakili daftar istilah atau istilah? 2. Adakah istilah juga merupakan salah satu kamus? | Kamus istilah ialah sejenis kamus yang mengandungi istlah berserta padanan dan takrifan atau keterangan tentang istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Daftar istilah ialah daftar berbentuk buku yang mengandungi istilah dengan padanan dalam bahasa Melayu sahaja. Istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan s3esuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Istilah bukan salah satu kamus kerana istilahhanya merupakan perkataan atau rangkai kata. | Lain-lain | 06.04.2008 |
Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah]. | Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah (mas/a/lah). | Tatabahasa | 05.07.2013 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
As salam. Saya nak bertanya jika sajak kita akan sebut mendklimasikan sajak. Jika syair, adakah kita menggunakan istilah mengalunkan syair atau ada istilah yang lebih sesuai? Terima lasih | Perkataan mengalunkan syair boleh digunakan selain bersyair dan melagukan syair. | Tatabahasa | 30.08.2013 |
mengapa rangkai kata 'sedikit sebanyak' tidak ditulis atau di sebut 'sedikit banyak' yang merupakan kata asalnya masing-masing. Dari segi tatabahasa mana yang lebih tepat? JazakalLahhukhairankatheera | Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, kata sedikit sebanyak sudah diterima oleh masyarakat dan boleh digunakan pada tempat yang sesuai menurut konteks ayat. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 10.02.2007 |
Salah satu cara mengajar kanak-kanak adalah melalui teknik 'look and say'. Apakah terma yang terbaik sekiranya teknik 'look and say' diterjemah? Adakah teknik pandang dan sebut? | Berdasarkan istilah dalam bidang pendidikan, look and say method padanannya dalam bahasa Melayu ialah kaedah lihat dan sebut. Huraian: Teknik pengajaran membaca yang membolehkan murid-murid mengenali seluruh perkataan sekali gus. Bagi istilah yang lain Sdr boleh melayari laman sesawang DBP dan menaipkan perkataan atau istilah yang berkaitan untuk mendapatkan padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.06.2010 |