Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQ | Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah: 1. [paip] 2. [se.luar] 3. [se.0.rang] 4. [be.ra.da] / [ber.a.da] 5. [ke.a.da.an] 6. [mem.pu.nya.i] | Tokoh | 24.05.2012 |
semalaysia betulkah? | Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Ejaan | 21.06.2010 |
suku kata bagi SEBUAH ialah se/bu/ah atau se/buah? | Suku kata bagi sebuah ialah se-buah. | Lain-lain | 14.01.2011 |
'Se-Malaysia' atau 'Semalaysia' atau 'SeMalaysia'? | Ejaan yang betul ialah Se-Malaysia. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan se- dengan kata berikutnya yang dimulai dengan huruf besar. | Ejaan | 27.05.2012 |
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah . | Ejaan | 14.04.2012 |
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebis | Ayat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah? | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Apakah sebutan bagi perkataan berikut dari segi bahasa baku 1) sihat ( si / hat atau sé / hat ) 2) upih ( u / pih atau u / péh ) sekian, terima kasih | Dalam sistem bahasa Melayu, sebutan adalah seperti ejaan. Maka sihat disebut si.hat (bukan se.hat) dan upih disebut u.pih (bukan u.peh). | Tatabahasa | 20.06.2013 |