| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Saya mendengar apa yang encik beritahu saya. Saya dengar apa yang encik beritahu saya. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Saya mendengar perkara yang encik sampaikan kepada saya.” | Tatabahasa | 01.08.2024 |
| Saya mengambil ubat yang doktor beri saya. Saya mengambil ubat yang doktor berikan kepada saya. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Saya mengambil ubat yang doktor berikan untuk saya.” | Tatabahasa | 28.11.2023 |
| "Saya meminta maaf daripada guru saya. ""Saya meminta maaf kepada guru saya. "Nak tanya mana satu yang betul | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada guru”. Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 274. | Tatabahasa | 04.09.2024 |
| 1) Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis. 2) Saya telah melaporkan kemalangan kereta saya kepada polis. 3) Saya telah mengadukan kemalangan kereta saya kepada polis. 4) Saya telah membuat aduan tentang kemalangan kereta saya kepada polis. Ayat yang manakah salah? | "Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis." - Ayat ini kurang tepat. | Tatabahasa | 12.01.2025 |
| Saya mahu mempunyai penghawa dingin di rumah saya. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya belaku. Dia menjadi budak jahat. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah seperti yang berikut: 1. Saya mahu mempunyai penyaman udara di rumah saya. 2. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Dia menjadi budak yang jahat. | Tatabahasa | 30.04.2024 |
| Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungi | Bagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.06.2023 |
| ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PIHAK PUAN/TUAN SAYA INGIN MAKLUM DAN DAFTARKAN NO RUJUKKAN SURAT SAYA, SAYA TELAH MEMBUAT SATU SURAT BERNAMA SURAT PENGESAHAN DAN PEMBERITAHUAN. SAYA INGIN MINTA PIHAK PUAN/TUAN UNTUK DAPAT DAN DAFTARKAN NO RUJUKKAN SAYA SEKIAN, TERIMA KASIH MUHAMMAD JUSTINE BIN ABDULLAH (NO.IC:080624-01-1019) -29/09/2023 | Soalan ini bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu, kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 29.09.2023 |
| Adakah ayat berikut betul? Sekiranya salah, apakah justifikasinya. Terima kasih! 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul. 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. | Tatabahasa | 11.04.2025 |
| Encik sedang berkata apa kepada saya.Saya tak dengar. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Apakah yang encik katakan? Saya tidak mendengar dengan jelas." | Tatabahasa | 20.05.2023 |
| Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang. | Tatabahasa | 28.12.2023 |