Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila semak dua ayat ini, dan berikan nasihat tentang penggunaan kata 'bahawa'. Saya tahu, awak orang kaya. Saya tahu bahawa awak orang kaya. | Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. Ayat yang saudara kemukakan itu lebih berbentuk bahasa percakapan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253, 398, 416, 508 | Tatabahasa | 13.11.2010 |
1. penggunaan bahawa?? 2. Bolehkah menggunakan perkataan Ini diawal ayat? 3. Kejayaan kita menjadi... Islam sebagai addin......menjadikan Islam atau menjadi Islam? 4. penggunaan adalah dan ialah??? 5. Bolehkah menggunakan perkataan Yang diawal ayat? 6. Bolehkah menggunakan yang merupakan dalam ayat? 7. Bolehkah menggunakan kata tanya seperti bila, bagaimana, siapa.... dalam pernyataan ayat? 8. | 1. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. 2. Boleh. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 3. ...menjadikan Islam 4. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. 5. Boleh. 6. Soalan ini tidak jelas. 7. Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Assalamualaikum. Didapati ialah bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mohon penjelasan pihak tuan tentang penggunaan ungkapan adalah bahawa dalam ayat ini. Terima kasih. | Saudara, Perkataan 'adalah' merupakan kata pemeri dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya : Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar; Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. Berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul ialah ' Didapati bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.11.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.
Lihat selanjutnya... |
|