Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sani tidak membeli pakaian itu kerans wangnya sempit..betul atau tidak penggunaan kata sempit? | Penggunaan yang frasa betul ialah "kesempitan wang". Sani tidak membeli pakaian itu kerana dia kesempitan wang. | Tatabahasa | 24.08.2013 |
Bio-bibliografi Rustam A. Sani | Assalamualaikum, bersama-sama ini dilampirkan maklumat yang diperlukan oleh YBhg Dato'. Harap maklumat yang dilampirkan ini dapat membantu YBhg Dato'. | Lain-lain | 17.03.2009 |
Salam tuan, Adakah ejaan guru besar dan ayat di bawah betul? Contoh ayat: 1.Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. | 1. Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. - guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. - ejaan yang betul Guru besar En Mohammad Sani ... | Tatabahasa | 20.06.2012 |