Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah perkataan 'sangat-sangat' boleh digunakan dalam penulisan rasmi dan dikira sahih dalam tatabahasa bahasa Melayu? Tidakkah ia bersifat melewah apabila digunakan? | Perkataan "sangat-sangat" membawa maksud berkehendak akan sesuatu atau sangat mengingini. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.Bahaskan | Pertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 25.07.2008 |
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih". | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Syarikat saya mahu membuat papan iklan di pejabat saya. Saya mahu pastikan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pihak tuan tolong nasihatkan kami untuk: "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" Kerjasama pihak tuan sangat sangat di harapkan. terima kasih. | Ejaan dan tatabahasa bagi frasa "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" betul. Bagi digunakan pada papan iklan pejabat, ejaan yang tepat ialah Pembungkus dan Pengedar Serbuk Makanan Kering" . | Lain-lain | 29.08.2013 |
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M? | Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. | Istilah | 18.04.2009 |
Kemah Keming. Apakah maksud yang sebenarnya? | Berdasarkan sumber yang tidak rasmi, kemah keming bermaksud sangat kemas atau sangat kuat atau sangat utuh. | Makna | 27.12.2012 |
adakah sangat gilang-gemilang betul?mengapakah ayat 'agenda mesyuarat adalah seperti YANG di bawah' perlu disertai dengan yang? | Perkataan gilang-gemilang sudah bermasud baik sekali, sangat elok atau bercahaya sangat terang. Oleh itu tidak perlu dibubuh perkataan "sangat". Perkataan "yang" perlu ada pada frasa seperti yang berikut kerana perkataan seperti bukan kata nama oleh itu perlu ada kata hubung yang. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Ayah meluahkanK semula kuih yang dimakannya kerana terlalu manis sangat. MUNSYI, TERLALU MANIS SANGAT ADAKAH SALAH GRAMATIS? | Frasa yang betul ialah "terlalu manis" atau "manis sangat". | Tatabahasa | 15.04.2012 |
saya suka sangat makan durian atau saya sangat suka makan durian | Saudara, Ayat yang betul ialah 'saya sangat suka makan durian' manakala ayat ' Saya suka sangat makan durian lebih merupakan bahasa percakapan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2009 |