Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan? | Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |
Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ? | Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya. | Tatabahasa | 23.04.2009 |
....telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan. Adakah ayat di atas betul? | ... telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan - ayat ini betul asalkan frasa sebelumnya ada menerangkan promosi yang dijalankan sempena sambutan tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2011 |
bilakah sambutan bulan bahasa kebangsaan pertama kali diadakan? | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, pelancaran BBK diadakan pada bulan Oktober. Untuk keterangan lanjut tentang Bulan Bahasa Kebangsaan sila layari laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.10.2010 |
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilang | Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran. | Tatabahasa | 12.07.2011 |
Yang manakah betul? Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan ( menyanyikan / nyanyian ) lagu Negaraku. | Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Salam tuan di talian, Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai dalam ayat di bawah. Ayat Contoh: Banyak orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Atau Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Bolehkah tuan terangkan penggunaan yang betul dalam ayat di atas. semoga mendapat jawapan segera. Terima kasih. | Ayat "Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu" adalah yang paling tepat kerana menggambarkan suasana sambutan tersebut. | Tatabahasa | 14.06.2011 |
salam, saya menguruskan hotel didalam UTM. apakah perkataan sesuai dalam bahasa melayu bagi "hotel reception" utk saya letakkan pada signage hotel saya. terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah hotel reception dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah reception counter, reception area dan reception hall yang padanan bahasa Melayunya ialah kaunter sambutan, ruang sambutan dan dewan sambutan. Oleh itu, istilah yang kami cadangkan untuk hotel reception ialah kaunter sambutan atau ruang sambutan. | Istilah | 20.09.2012 |