Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP. | Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
apakah perbezaan antara "terhadap" dan "tentang"? terima kasih.. | Saudara Khor Wooi Teck, Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang) | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. Satu pertiga ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tq | Dalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai? | 1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang. 2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. 3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi. | Tatabahasa | 15.09.2012 |