Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salah satu langkah / salah satu langkah-langkah? Mana yang betul? | Ayat yang betul ialah salah salah satu langkah ... | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Masa yang dua puluh tahun dahulu saya ada di sini meniti dalam kanak-kanak Ayat ini betul atau salah Jika salah, salah mana? Terima kasih | Contoh ayat dan soalan yang diberikan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang baik dan relevan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan. | Lain-lain | 22.03.2022 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan "Salah satu..." Sebagai contoh, "Salah satu makanan sihat yang perlu diambil ialah sayur-sayuran." Adakah penggunaan ayat "Salah" ini salah dalam bahasa Melayu? Saya pernah masuk bengkel buku teks, dan panel munshi bahasa yang dilantik oleh DBP ada maklumkan bahawa penggunaan "Salah satu" adalah salah, dan diminta tukar kepada "Satu daripada..." Mohon penjelasan pihak DBP. Sekian, Terima kasih. | Frasa yang baku ialah satu daripada. Frasa salah satu telah mantap dan banyak digunakan dalam wacana bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks rasmi seperti penulisan buku gunalah frasa yang baku. | Tatabahasa | 11.08.2021 |
assalamualaikum. saya ingin bertanya, adakah penggunaan 'saya sekeluarga' salah? sekiranya salah, mengapakah ayat ini dikatakan salah? | Frasa saya sekeluarga tidak salah, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks penggunaanya. Lihat penjelasan kami sebelum ini. Jika ungkapan itu dituturkan ketika berlawan cakap antara seorang dengan seorang yang lain, ayat "saya sekeluarga akan pergi Pulau Pinang" paling tepat. Jika dituturkan kepada seseorang yang lain dan disertai oleh ahli keluarganya, ayat "kami sekeluarga..." yang paling tepat. | Tatabahasa | 23.11.2015 |
Selamat sejahtera Encik/Puan 1. Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung. Ayat 1 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? 2. Kami melawat ke hospital untuk menziarahi datuk yang sakit. Ayat 2 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? Terima kasih. | Cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung. 2. Kami menziarahi datuk yang sakit di hospital. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 1284 dan 2527.
| Tatabahasa | 01.10.2023 |
Salam sejahtera DBP, mana satu antara "salah dieja", "dieja salah" dan "disalah eja" merupakan penggunaan yang betul? Selain itu, adakah "disalah erti" dan "disalah faham" betul? Sekian, terima kasih. | 1. “Salah eja“ merupakan frasa nama yang membawa maksud silap mengeja/salah ejaan. Awalan di- pula merupakan awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif. Awalan di- boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Berdasarkan soalan, ketiga-tiga contoh yang diberikan “dieja salah”, “disalah eja” dan “salah dieja” merupakan bentuk kata kerja pasif bagi frasa nama “salah eja” dan boleh digunakan dalam ayat mengikut kesesuaian konteks ayat. 1. Demikian juga halnya dengan penggunaan frasa “disalah erti” dan “disalah faham” yang menerima awalan di- bagi membentuk kata kerja pasif. “Salah erti” dan “salah faham” ialah kata majmuk yang membawa maksud tidak mengerti hal yang sebenarnya, tidak benar atau tidak betul. Oleh yang demikian, kedua-dua frasa “disalah erti” dan “disalah faham” adalah betul dan boleh digunakan mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 175 dan laman web prpm.dbp.gov.my.
| Tatabahasa | 29.03.2024 |
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.10.2015 |
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah? | Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasih | Ayat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia. Ayat kedua betul. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli. | Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 21.06.2019 |