Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Saya adalah penulis buku Pengenalan Virologi (1993), Komunikasi Saintifik (1995) dan Penulisan Saintifik (1996). Buku-buku ini adalh out of print. Saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. Soalan-soalan saya: 1. Dapatkah lagi buku-buku itu dicetak? 2. Berapakah bilangan yang paling kurang untuk dicetak? 3. Berapa kos pencetakan? 4. Berapa lama pesanan boleh disiapkan. Terima kasih Dr. Ismail Ahmad | Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 11.02.2008 |
Tuan, Saya, Ismail bin Ahmad, adalah pengarang tiga buah buku ilmiah terbitan DBP, seperti yang berikut: Pengenalan Virologi (1993) Komunikasi Saintifik (1995) Penulisan Saintifik (1996) Saya ingin mendapatkan naskhah baru untuk kegunaan sendiri. Pertanyaan saya: Adakah DBP masih boleh mencetak lagi buku-buku tersebut? Berapakan minimum bilangan naskhah yang saya perlu pesan? dan, berapakah kos yang terlibat? Untuk pengetahuan tuan, saya telah menghantar soalan ini kali kedua, kerana soalan yang sama yang saya hantar dua minggu yang lalau tidak mendapat jawapan. Sekian. Terima kasih Yang benar Ismail Ahmad | Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh memohon atau mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang dengan menulis surat kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Soalan tuan yang dahulu telah dijawab oleh petugas tetapi terdapat masalah teknikal menyebabkan jawapan tersebut tidak sampai kepada tuan. Harap maaf. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Penterjemahan perkataan saintifik kepada nahasa melayu, sperti napthaldehyde aldol condensation, alkoxynapthaldehyde, enolate, hydoxyphenyl, acetophenone, decoxynapthaldehyde Penterjemahan perkataan cooperated | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. napthaldehyde aldol condensation pemeluwapan aldol naftaldehid ii. alkoxynapthaldehyde - alkoksinaftaldehid iii. enolate - enolat iv. hydoxyphenyl - tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah hydroxyphenyl dan padanan bahasa Melayunya ialah hidroksifenil v. acetophenone - asetofenon vi. decoxynapthaldehyde - dekoksinaftaldehid | Istilah | 09.05.2013 |
nama saintifik untuk umpun-umpun atau pumpun yang digunakan untuk umpan memancing | Nama saintifik pumpum ialah nereididae. | Istilah | 17.02.2009 |
Kelip-kelip atau Pteroptyx tener. Yang manakah ejaan saintifik yang betul? Pteroptyx tener atau Pteroptyx Tener? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Ejaan saintifik yang betul bagi kelip-kelip ialah Pteroptyx tener. Dalam pengelasan serangga, awalan nama untuk genus dan family (Pteroptyx) perlu dalam huruf besar manakala awalan nama yang menunjukkan spesies (tener) dieja dengan huruf kecil dan pastikan nama saintifik diitalikkan.
| Ejaan | 22.10.2020 |
maksud evolusi pengurusan dan maksud pendekatan saintifik | Evolusi pengurusan bermakna perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kaedah mengurus. Manakala pendekatan saintifik ialah kaedah/cara/langkah-langkah yang dijalankan menurut kaedah/prinsip sains. | Makna | 08.10.2006 |
Apakah padanan yang bersesuaian untuk methamphetamine? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan fahaman kami, methamphetamine merupakan nama saintifik. Jadi, pihak DBP tiada padanan bahasa Melayu bagi nama saintifik ini. Penulisan perkataan ini masih sama seperti asal cuma perlu diitalik (condong) seperti methamphetamine . Sekian, terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Slm, Boleh check ayat di bawah? 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2)Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hakcipta Rasmi Terjemahan dalam BM diberi oleh Syarikat X. tq | 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2) Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hak cipta terjemahan dalam bahasa Melayu diberikan oleh Syarikat X. Ayat 1 dan 2 tidak lengkap, tidak ada subjek dalam ayat tersebut. Ayat 3 telah dibuat pembetulan. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
1) Adakah apa-apa rujukan yang boleh diperolehi untuk penterjemahan terma saintifik dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2) Sekiranya tajuk projek penyelidikan adalah dalam bahasa Inggeris, adakah diterima sekiranya minit mesyuarat serta surat menyurat menggunakan nama projek tersebut dalam bahasa Inggeris? | 1. Untuk mendapatkan padanan istilah saintifik bahasa Melayu, puan boleh membuat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. 2. Bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan rasmi termasuk dalam penulisan minit mesyuarat dan surat-menyurat. | Makna | 05.09.2022 |
Saya ingin terjemahkan "Hard Data" kepada "Data Konkrit" bagi merujuk kepada data yang diperolehi melalui kajian saintifik. Adakah terjemahan ini bersesuaian? | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu bagi istilah 'hard data' ialah data keras, iaitu data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal seperti kaedah statistik. Kebiasaannya merujuk kepada data yang boleh diukur secara saintifik seperti statistik pengguna Internet, bilangan komputer per isi rumah dan bilangan pelajar IT yang memasuki IPTA. | Istilah | 11.08.2022 |