Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Aman Sah Abu Bakar 07:48 Aman Sah Abu Bakar Aman Sah assalam saya wakil dr sk telok gong...kami ingin mencari dato kemala utk menjemput beliau ke majlis makan malam jubli emas sekolah kami...beliau merupakan bekas guru di sekolah kami...apa cara kami untuk menghubungi beliau atau ada cara sila maklumkan saya...URGENT... | Wa alaikumussalam. Alamat yang kami ada: YBhg. SN Dato' Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah, 321 Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 KUALA LUMPUR dato_kemala@yahoo.com 0122029130 | Lain-lain | 11.11.2016 |
Sah Rizal Nov 19th, 8:22pm Salam. Macam ada yang x kena saja peta buku Sejarah Tahun 6. | Pembetulan sedang diusahakan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2015 |
Wujud tak perkataan keesahan atau kesahan?apa perkataan asal tanpa imbuhannya?maksud bagi perkataan berkenaan? Wujud tak perkataan penjalanan? | Perkataan "kesahan" wujud dalam bentuk kata bahasa Melayu dan bermaksud perihal sah atau sah tidaknya sesuatu perkara. perkataan "penjalanan" tidak ada dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |
Permohonan Sah Bahasa : Naiktaraf Laluan Pejalan Kaki di Jalan Ampang, Kuala Lumpur | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggaan bagi pelanggan baharu dan lihat panduan yang diberikan. | Lain-lain | 26.03.2025 |
Saya memohon sah bahasa dari DBP untuk menggunakan perkataan - terasa - sebagai nama kafe saya. istilah terasa diambil sebagai konsep atau pengalaman. tetapi permohonan ditolak : Cadangan menggunakan nama Rasa (maksud "Rasa" berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), apa saja yang dikecap oleh lidah ketika makan dan minum, manakala "Terasa" bermaksud mengalami rasa hairan, sedih dan insaf dalam hati) atau Berasa (maksudnya mempunya rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah). Oleh yang demikian nama yang sesuai digunakan ialah Rasa atau Berasa (pilih satu) atau gunakan nama lain dalam bahasa Melayu yang lebih bersesuaian dengan konsep kedai. Hujah saya ialah - jenama kafe tidak perlu terikat secara literal dengan perniagaan kami kerana ianya hanya konsep makna. Contohnya perkataan GIGI atau ZUS tiada kena mengena dengan pernigaan kopi. Terdapat banyak contoh jenama kafe yang tiada kena mengena dengan makanan dan minuman juga Saya meminta nasihat apakah cara terbaik untuk saya kekalkan nama Terasa sebagai nama perniagaan kami. Terima kasih. | Sila berikan nombor permohonan untuk rujukan kami dan hantar aduan melalui dbpsahbahasa.my Untuk makluman, nama perniagaan/jenama GIGI dan ZUS telah berdaftar secara rasmi dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Cadangan kami, jika mahu mengekalkan nama kafe TERASA sebagai nama perniagaan, sila daftar nama TERASA secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan hak cipta tanda dagang (trademark). | Lain-lain | 07.08.2024 |
saya ingin sah kan bahasa untuk iklan banner perniagaan saya | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 24.07.2018 |
KPDNKK telah menggunapakai perkataan "Unit Metrologi Sah" sebagai penjenamaan unit yang menguatkuasakan Akta Timbang dan Sukat 1972 dimana ini terma itu merupakan direct translation daripada bahasa Inggeris yang menggunapakai perkataan "Legal Metrology Unit".Mohon pandangan dan khidmat nasihat mengenai penggunapakai/terma yang betul bagi menggantikan perkataan "legal" samada perkataan "sah" atau "perundangan". | Untuk makluman, penggunaan perkataan 'sah' adalah tidak tepat dan tidak sesuai dalam konteks penamaan sesuatu unit.Walaupun salah satu padanan Bahasa Melayu untuk legal ialah sah, perkataan perundangan adalah lebih tepat. Berdasarkan penerangan yang diberikan tentang unit ini, terjemahan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah 'Unit Perundangan Metrologi'. | Lain-lain | 12.10.2011 |
saya ingin bertanya mengenai sah bahasa untuk papan tanda. Syarikat kami ingin membuat permohonan untuk 2 papan tanda iaitu 1 untuk pintu pagar syarikat dan juga 1 lagi untuk bangunan. Jadi soalan saya adakah perlu daftar sah bahasa untuk kedua papan tanda kerana dalam system Dewan Bahasa hanya membenarkan 1 image sahaja untuk 1 permohonan. Mohon respond dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa. Berikut saya sertakan sekali image untuk signboard syarikat kami. Dan untuk papan tanda bagi bangunan hanya logo syarikat dan tulisan nama syarikat saja (INTANIAGA SDN BHD). | Salam Sejahtera tuan/puan. Sila buat permohonan yang berasingan. Satu permohonan untuk satu visual. Sila buat pembetulan pada visual seperti yang berikut: - Betulkan kepada PENGEDAR PERALATAN PERUBATAN DAN BARANGAN PAKAI BUANG
- SDN. BHD. (masukkan titik untuk singkatan)
- KAWASAN PERUSAHAAN CHERAS JAYA, (masukkan tanda koma)
- MALAYSIA. (masukkan tanda noktah)
Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar visual untuk semakan dan pengesahan melalui DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 16.02.2022 |