Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
untuk menunjukkan nilai murdni, istilah yang digunakan ialah sifat sabar atau sifat bersabar? | Perkataan "sabar" lebih sesuai apabila mengikuti perkataan "sifat". Contohnya kita sebut "sifat malas", kita tidak sebut "sifat bermalas", "sifat rajin" bukan "sifat berajin" atau "sifat tabah" bukan "sifat bertabah". | Tatabahasa | 12.03.2014 |
Adakah ayat berikut betul: Saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya. | Ayat tersebut boleh digunakan. Saya tidak sabar untuk menyambut hari raya. | Tatabahasa | 26.04.2021 |
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul? | 1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 04.09.2009 |
Salam sejahtera. Yang mana satukah betul? Dalam kalangan murid-murid atau dalam kalangan murid? Adakah penerangan berikut betul? Aku(subjek) dilahirkan di sebuah kilang alat tulis(frasa kata kerja) di Shah Alam(keterangan tempat). Aku(subjek) ditandakan dengan harga RM1.00(frasa kata kerja). Aku(subjek) telah berkenalan dengan banyak kawan baharu(frasa kata kerja) di sana(keterangan tempat). Ayah(subjek) membawa kami berkunjung ke dusun datuk(frasa kata kerja). Saya(subjek) tidak sabar-sabar untuk menikmati buah-buahan itu(frasa kata kerja). Kami(subjek) pun minta diri daripada datuk(frasa kata kerja). Datuk(subjek) memberi kami sedikit buah-buahan sebagai buah tangan(frasa kata kerja). Terima kasih. | - Frasa yang lebih tepat ialah dalam kalangan murid.
- Subjek bagi ayat-ayat yang dinyatakan oleh tuan/puan betul, namun penerangan yang tepat boleh dijelaskan melalui penggunaan rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Contohnya, “Ayah membawa kami berkunjung ke dusun datuk” merupakan [Ayat Tunggal Subjek + Predikat + Frasa Keterangan]. Untuk memahami dengan lebih lanjut penggunaan rumus tersebut, tuan/puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 531 hingga 581.
| Tatabahasa | 31.05.2024 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan. | Lain-lain | 22.04.2020 |
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu: 1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasih | Ayat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Asslamualaikum, saya ingin bertanya cara untuk menghubungi dua orang pengarang iaitu Abdullah Shuib dan Sabar Bohari yang menukil buku Raung Merdeka dan Di Bawah Bahang Mentari sekian terima kasih | Waalaikumusalam wbk. No. telefon Abdullah Shuib - 014 - 2309874 manakala Sabar Bohari - 03 - 55413476 (rumah). Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.07.2008 |
Were thrilled to have you on board and cant wait to get to know you. diterjemahkan kepada: Kami teruja dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan Mohon semakan | Cadangan, kami amat seronok dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2020 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih. | 1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. - betul 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |