Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah istilah bahasa istana bagi kata "rombongan " untuk rombongan peminangan. | Saudara, Tiada maklumat mengenai perkataan 'rombongan' dalam bahasa istana. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
1.Apakah penjodoh bilangan yg sesuai untuk songkok, kopiah, pasu, dan baldi? 2. Apakah bahasa istana untuk 'rombongan'? | Saudara Razkam, Sebagai makluman tidak semua benda memilki penjodoh bilangan. Namun untuk 'songkok, kopiah, pasu, dan baldi' penjodoh bilangan yang digunakan ialah buah. Untuk pertanyaan kedua, tiada maklumat bahasa istana untuk perkataan rombongan dalam sistem kami. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Adakah ayat berikut betul ? 1. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan dalam jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarangnya menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan kebajikan jiran-jiran mereka. Terima kasih ! | Sdr. Hee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Diharap sertakan maklumat peribadi yang betul apabila berurusan dengan kami. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan (pada) jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarang (dia) menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka. Inilah jawapan kepada soalan SDR. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih. | Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan. | Makna | 23.02.2008 |
saya tidak faham akan penggunaan kata 'hadir' apabila perkataan tersebut diikuti dengan imbuhan..contohnya,adakah ayat ini betul? 'amir telah menghadirkan diri ke majlis itu' atau, 'amir telah menghadiri majlis itu'' 'amir telah menghadiri ke majlis itu'' bolehkah anda tolong jelaskan? terima kasih... | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menghadirkan membawa maksud 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri. Menghadiri bermaksud hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen. Berdasarkan huraian tersebut, ayat Amir telah menghadirkan diri ke majlis itu dan Amir telah menghadiri majlis itu adalah betul. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"? | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga. b. Permit yang diberi boleh dibatalkan. c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po. d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya. Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh". Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
| Tatabahasa | 21.11.2013 |
1. Apakah maksud peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? 2. Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "merencanakan" serta perkataan "sarwajagat"? 3. Apakah laman web yang mengandungi senarai istilah yang boleh digunakan?seperti yang terdapat dalm peperiksaan SPM...ataupun mungkin di sini terdapat .. | 1. Maksud peribahasa tersebut ialah walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merencanakan digunakan seperti yang berikut: 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; manakala sarwajagat :(bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. 3. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 01.08.2010 |
|
|