Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut: Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong. | Lain-lain | 19.05.2012 |
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'? | Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | Makna | 06.08.2007 |
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah | Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat 2. tawakal 3. ikhtiar 4. qada 6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah | Ejaan | 16.01.2009 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
Untuk iklan kain rentang (PEMBUKAAN RESMI) atau (PEMBUKAAN RASMI) | Ejaan yang betul ialah 'Pembukaan Rasmi'. | Ejaan | 17.01.2008 |
Bukankah Bahasa Baku telah diarahkan supaya diberhentikan kegunaannya secara resmi, kenapa kini masih terdapat kegunaannya secara berleluasa oleh pihak TV, khanya penyampai berita di TV 3 dan TV1, kami berasa agak pedih telinga setiap kali terdengar bacaan yang anih dan pelik sama sekali bertentangan dengan dasar Kerajaan dalam Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul. tolong beri nasihat, terima kasih. | Encik Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengenai arahan supaya bahasa baku diberhentikan penggunaanya, tidak pernah pula saya melihat arahan tersebut. Bagi saya penggunaan bahasa baku itu adalah baik kerana sebutan dibuat mengikut ejaan. Kalau hendak dibandingkan dengan bahasa Perancis umpamanya lagi teruk. Ejaannya lain bunyinya lain. Cuma bagi saya semua itu 'alah bisa tegal biasa' -jika telah biasa kita gunakan tentu kita tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. | Makna | 06.03.2008 |
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih. | Puan, Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk | Lain-lain | 14.12.2010 |
Assalaamu 'alaikum. Saya memerlukan rujukan bagi bahasa Melayu seperti ejaan, kamus, istilah, dsb, termasuk teknikal dan bukan teknikal, sebagai benchmark kualiti terjemahan kami. Kami dapati laman web ini amat berguna bagi kami. Oleh kerana tugas kami banyak berbentuk dalam talian, kami ingin melanggan penggunaan laman web ini, antaranya, dan rujukan lain seperti perisian ejaan dsb yang sentiasa terkemas kini agar kami dapat gunakan dalam tugas harian kami. Selain daripada penterjemah dalaman, kami juga menggunakan khidmat penterjemah bebas, dan kami berharap mereka juga dapat melanggan daripada Tuan agar kami dapat menghasilkan terjemahan yang standard dan berkualiti sepanjang masa. Saya ingin tahu sama ada Tuan telah pun mempunya skim sebegini, dan jika ada, bolehkah Tuan perincikan harganya. Sekian, terima kasih. Dengan hormatnya, mardia p/s: En Sulaiman Kaiat, adakah Tuan dulu pelajar ISK di UTM Jln Gurney ? Kalau saya tak silap, Tuan pernah menjawab jawatan di persatuan ISK (PERSAKA) kan? Walaubagaimanapun, tahniah atas kemajuan laman web ini. Saya banyak menggunakannya dan kini saya ingin melanggan penggunaan laman web ini secara formal atas nama majikan saya. Alamat emel resmi saya di tempat kerja mnasiruddin@sdl.com Wassalaam. | Terima kasih atas penghargaan dan pandangan yang saudara berikan. Untuk makluman saudara, pihak kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan secara khusus melainkan penyemakan bahasa bagi teks atau penyemakan teks yang telah diterjemahkan dalam dokumen rasmi (antara 50-100 patah perkataan). Bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut, saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210. | Lain-lain | 09.02.2009 |