Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sinonim yang paling sesuai untuk perkataan 'lusuh'. | Renyuk atau kumal. | Lain-lain | 13.08.2008 |
salam. maksud perkataan KUMAL sekian. Terima kasih | Kumal ialah renyuk dan kotor (berkenaan pakaian dan lain-lain yang sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (berkenaan kertas dan lain-lain). | Makna | 24.06.2008 |
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu. | Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut. | Makna | 03.01.2016 |
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas ialah mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat). | Makna | 30.01.2019 |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| renyuk (adjektif) | Bersinonim dengan kumal, kunyai, lunyai, luti, berkerumuk, ronyok, gumal, kecel, kelemut;, | | Kata Terbitan : merenyukkan, |
|
|