Bolehkan "yang" digunakan dua kali dalam satu ayat yang sama? Contoh: Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri sudut yang berkaitan dengan rentasan lintang. Terima kasih | Tiada peraturan yang menetapkan penggunaan "yang" sekali dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, dalam contoh yang diberikan, penggunaan 'yang" adalah seperti yang berikut: Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri sudut rentasan lintang. | Tatabahasa | 18.03.2011 |