Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah nama bagi puisi banyak rangkap? | Salam. Nama puisi banyak rangkap ialah puisi balada. Bagi pantun banyak rangkap pula dinamakan pantun berkait. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 26.11.2009 |
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding? | Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
apa itu konsonan rangkap | Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh,kh,ng dan sy. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Saya ingin kepastian sebutan pinjaman Bahasa Arab konsonan rangkap yang bermula dengan "th".Adakah sebutannya berbunyi "sa"? Contohnya perkataan thahta. | Konsonan rangkap "th" ialah padanan huruf dalam Rumi. Dalam ejaan umum bahasa Melayu huruf tersebut diselaraskan kepada huruf yang selaras bunyinya dalam tulisan Rumi, iaitu huruf "s" dan dibunyikan dengan huruf "s" tersebut seperti dalam ejaan Isnin dan Selasa. Walau bagaimanapun pedoman ini terkecuali bagi perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam, maka hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. contohnya, "thabit" tetap dibunyikan tha ( ) dalam istilah agama. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan rangkap? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pola suku kata depan, tengah dan belakang ? | Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh, kh,ng dan sy. Huruf-huruf ini dikenal pasti melalui lafaz dan ejaan perkataan yang mengandungi huruf-huruf ini. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.11.2009 |
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)? | Saudara, "Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas. Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut: - distikhon - terzina - quatrain - quantain - sextet - septet - oktaf Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya terdiri daripada 3 baris: contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang Sisa hudup ini akan kita pelihara dengan tanah bersama pohon menghijau indah di atas tulang yang kurus, daging dan darah dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar: Malam hiba dadanya unggu luka pungguk tersedu pilu di atas batu Bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya sekian, terima kasih. | Sastera | 22.03.2011 |
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap? | Saudara, Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan calon, perabot, awet dsb. Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
Cucu Adam sepaian nabi( Rangkap 2 Pantun 8 Kerat, Antologo Dirgahayu Bahasaku, Teks komsas T5). apakah maksud sepaian? | saudara, Perkataan sepaian menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berserakan, bertebaran ke merata-rata tempat. Sepaian dalam konteks pantun ini bermaksud manusia yang menjadi khalifah di dunia ini adalah pilihan tuhan yang berasal daripada Nabi Adam, kemudian berkembang biak dan bertebaran ke suluruh pelosok alam. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1458. sekian. | Sastera | 23.02.2011 |
Apakah maksud bagi setiap rangkap perkataan ini, 'mendefinisikan rangka kerja', 'membina rangka kerja', 'mengurus rangka kerja', 'mengurus isu', 'mengurus skop', 'mengurus komunikasi', 'mengurus risiko', 'mengurus dokumentasi', 'mengurus kualiti' & 'mengurus metriks'. | Mendefinisikan rangka kerja bermaksud memberikan takrifan terhadap perancangan kerja yang dibuat, mengurus rangka kerja pula bermaksud mengaturn perancangan kerja, manakala untuk mendapatkan maksud frasa yang lain sila layari prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan yang dimaksudkan dalam ruangan carian kata. | Makna | 07.10.2010 |
BUDAYA CAKNA AMALAN KAMI KERJASAMA KERJA SAMA-SAMA 2 rangkap lagu di atas adalah lagu institut tempat saya bertugas. Saya musykil dengan perkataan kerja sama-sama kerana pada pendapat saya perkataan yang sepatutnya ialah kerja bersama-sama. Adalah pendapat saya benar? | Encik Rosli, Perkataan yang yang betul ialah bekerjasama atau bekerja bersama-sama. | Tatabahasa | 12.02.2010 |