Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana nak beakan kata majmuk istilah khusus dengan rangkaian bebas? contoh 'ular sawa'.Syukran maassalaamah Tuan. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkaian bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas | 1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Makna simpulan bahasa | Rangkaian perkataan atau ungkapan yang tetap dengan susunan khas, digunakan dengan makna khusus, berlainan dari makna asalnya | Tatabahasa | 12.07.2007 |
Selamat Pagi, Tuan, Saya ingin bertanya tentang pemadanan Bahasa Melayu bagi rangkaian kata dan perkataan berikut: 1. Agro-based Industry 2. Courier Service 3. Intermediate Consumption 4. Operating Surplus 5. Auxiliary Sekian, terima kasih. | Padanan kata Bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Industri berasaskan pertanian 2. Perkhidmatan kiriman cepat 3. Penggunaan tengah 4. Lebihan pengendalian 5. Tambahan | Makna | 30.12.2009 |
Tuan, pada kebiasannya makna sesuatu kata majmuk ialah makna baharu hasil daripada gabungan/ rangkaian dua atau lebih kata dan bukanlah membawa makna asalnya. Contohnya "guru besar' bukan 'guru', bukan 'besar'. Contoh ke-2 : 'kapal terbang' bukan lagi bermaksud 'kapal' mahupun 'terbang' tetapi wujud makna baharu. Jika " hal ehwal', kata majmuk ini masih bermaksud 'hal', cuma ditambah sebagai 'bermaksud berbagai-bagai'. keadaan ini sama seperti fungsi penggandaan' tetapi tiada tanda sempang. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan perkara ini kepada murid yang bertanya ini? terima kasih. | Pendapat tuan betul, kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Hal ehwal bukan kata majmuk, sebaliknya hal ehwal ialah frasa nama. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Salam hormat. Saya ingin bertanya. Apakah perbezaan antara bentuk kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dengan kata majmuk yang berbentuk istilah khusus? | Saudara, Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
apakah perbezaan antara selari dan bersiri? | Selari ialah sama hala, arah; sejajar. Bersiri ialah rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku,dll) yang dikeluarkan (disiarkan) berturut-turut. | Makna | 22.02.2008 |
apakah perbezaan antara selari dengan bersiri? | Selari bermakna sama hala, arah atau sejajar; bersiri bermakna rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku, dll) yang dikeluarkan *disiarkan) bertuurt - turut. | Makna | 22.02.2008 |
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan. | Istilah | 17.11.2012 |
boelh tak senaraikan penanda wancana yang bombastik untuk masukkan nya dlm karangan.. | Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun. Kata-kata bombastik ialah kata-kata yang terlalu 'besar' sehingga tidak sepadan. Di bawah tajuk wacana, tidak ada penanda wacana bombastik untuk disenaraikan. | Tatabahasa | 05.09.2008 |