Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah rangkai kata "reciprocal arrangement" digantikan dengan rangkai kata "perkiraan timbal balik"? Rangkai kata di atas digunakan dalam konteks cukai di mana dua orang akan membuat peraturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih. | Rangkai kata perkiraan timbal balik boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata reciprocal arrangement dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 18.11.2008 |
Bagaimanakah cara untuk menjelaskan perbezaan antra kata majmuk dengan rangkai kata | Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian dan rangkai kata bermaksud kelompok beberapa kata. Kata majmuk ialah juga rangkai kata tetapi rangkai kata tidak semestinya kata majmuk. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"? | membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;. Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut. sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan. Contoh: membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut. 1. Ali membersihkan sampah itu. 2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali. Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
-Yang manakah berikut adalah betul? 1a)hijau, merah, dan ungu 1b)hijau, mearah dan ungu 2a)maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik 2b)maksud rangkai kata itu adalah menanam sifat baik Terima kasih. | Yang betul ialah ... hijau, merah dan ungu ... dan maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik dan maksud rangkai kata atau ungkapan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
perbezaan antara kata majmuk kiasan dengan rangkai kata | Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna seperti rumah tangga dan urus setia. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Ini bermakna dalam rangkai kata mungkin terdapat juga kata majmuk. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin | Saudara, Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara. | Istilah | 19.10.2009 |
Manakah rangkai kata yang betul , pertandingan berenang atau pertandingan renang ? Bolehkah membuat penerangan ? Terima kasih | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. Sebaliknya sekiranya kata itu merujuk kepada benda, contoh: panah - Pertandingan memanah. Sekiranya imbuhan tidak dibubuh kata atau frasa tersebut akan merujuk kepada benda (panah) tersebut. | Lain-lain | 21.04.2009 |
mengapa rangkai kata 'sedikit sebanyak' tidak ditulis atau di sebut 'sedikit banyak' yang merupakan kata asalnya masing-masing. Dari segi tatabahasa mana yang lebih tepat? JazakalLahhukhairankatheera | Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, kata sedikit sebanyak sudah diterima oleh masyarakat dan boleh digunakan pada tempat yang sesuai menurut konteks ayat. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 10.02.2007 |
Assalamualaikum. Tuan, rangkai kata yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan REUNION yang lazim diadakan bagi memperingati rakan-rakan. Terima kasih. | REUNION- MAJLIS PERJUMPAAN | Tatabahasa | 21.08.2012 |