Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Akta Pengangkutan Jalan 1987 ada digunakan istilah "peranti elektronik pelbagai guna". Mohon penjelasan adakah ''peranti elektronik pelbagai guna'' termasuk telefon pintar. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud peranti ialah alat atau mesin untuk melaksanakan fungsi tertentu dan elektronik bermaksud alat seperti radio, televisyen dan komputer yang berkaitan dengan atau dikendalikan dengan komponen seperti mikrocip dan transistor yang mengawal arus elektrik. Berdasarkan istilah bahasa Melayu pula, pelbagai guna membawa maksud mempunyai lebih daripada satu penggunaan. Oleh itu, berdasarkan maksud di atas telefon pintar juga termasuk sebagai peranti elektronik pelbagai guna. | Makna | 12.10.2021 |
|
|