Perkataan “burnout” mempunyai dua maksud dalam bahasa Melayu mengikut bidang yang berbeza. 1. Dalam bidang pentadbiran - Lesu upaya yang membawa maksud kehabisan daya mental dan fizikal seseorang disebabkan tekanan kerja. 2. Dalam bidang kejuruteraan - bakar lebur; bakar habis a. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin., b. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear. |