Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
apakah definisi untuk pusing ganti pekerja | Pertukaran penempatan pekerja dari satu jabatan/bahagian/unit ke satu jabatan/bahagian/unit yang lain | Makna | 01.11.2006 |
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini? | Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Salam...saya ingin tahu tentang sejenis permainan yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "roundabout playground". Jika diterjemah dalam bahasa Melayu, perkataan itu disebut sebagai apa? Harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Belum ada padanan roundabout playground dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu permainan merry-go-round diterjemahkan kepada kuda pusing. Melihat kepada konsep permainan yang hampir sama kami cadangkan roundabout playground diterjemahkan kepada bulatan pusing.
| Istilah | 06.06.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. | Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. Dalam istilah perniagaan istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'. | Istilah | 29.05.2013 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah istilah "Turnaround Time". Maksud untuk istilah berkenaan ialah "the total time taken between the submission of a program for execution and the return of the complete output to the customer" | Istilah bahasa Melayu untuk "turnaround time" ialah masa pusing balik. Istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. | Istilah | 28.02.2013 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Pulau Kuraman pusing keliling, Saya mari Pulau Labuan; Sepuluh zaman pusing keliling, Baru berjumpa adindalah tuan.
Lihat selanjutnya... |
|