Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud psikologi | Psikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; | Makna | 16.07.2009 |
Yang manakah ejaan tepat? Sosiopsikologi / Sosio-psikologi / Sosio Psikologi | Ejaan yang betul ialah sosiopsikologi, setakat ini perkataan sosiopsikologi hanya tercatat dalam huraian data kami sahaja. | Lain-lain | 13.04.2022 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari psikologi&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan Psikologi sosial (belum ditulis)">psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |
Saya ingin bertanya perkataan Bahsasa Melayu yang sesuai untuk istilah Bahasa Inggeris ini iaitu "Extraversion" untuk penggunaan dalam psikologi. | Berdasarkan bidang psikologi, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: extraversion - ekstraversi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 15.08.2021 |
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"? | Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami. Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan. | Istilah | 08.05.2009 |
Dalam bidang psikologi, istilah flourishing digunakan untuk merujuk kepada kesejahteraan psikologikal dalam aspek perhubungan, penghargaan kendiri, tujuan hidup dan optimisma. Sesuaikan flourishing diterjemah sebagai kemekaran? https://eddiener.com/scales/9 | Flourishing tidak sesuai diterjemah sebagai kemekaran dari segi konteks ayat yang telah diberikan. Cadangan padanan perkataan yang sesuai ialah pertumbuhan. | Lain-lain | 28.10.2020 |
konsep psikologi pendidikan, pedagogi dan wacana | Sila rujuk bahan ini : 1. Psikologi Pendidikan : Glenn Myers Blair : DBP : 1991 2. Pedagogi : Shahabudin Hashim : DBP : 2006 3. Panduan wacana Akademik : Asmah Hj Omar : 2006 | Lain-lain | 24.01.2008 |
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi Perkembangan | Dalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang. | Makna | 09.07.2008 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |