Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.? | Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Apakah terjemahan bagi bentuk 'diamond'? | Merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan bentuk diamond ialah bentuk potongan wajik. | Lain-lain | 25.06.2010 |
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih. | Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
A. dua baris ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. B. dua potong ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. yang manakah betul? apakah perbezaan bagi "sebaris ayat" dan "sepotong ayat"? Terima kasih. | Sebaris ayat lazimnya digunakan bagi menggambarkan deretan ayat dalam baris yang sama, manakala sepotong ayat bermaksud potongan ayat yang diambil sebahagian daripada keseluruhan ayat. | Tatabahasa | 06.01.2013 |
Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ? | Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan: Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah:
| Lain-lain | 11.03.2009 |
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih." | Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih... | Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP. 1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN. 2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah. 3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi. Selamat Mencuba | Lain-lain | 03.12.2009 |
macam mana hendak menjadi seorang yang mengetahui tentang sastera | Saudara disarankan membaca buku tentang sastera yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbitan lain. Saudara juga disarankan membaca makalah tentang sastera yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia setiap hari Ahad. Saudara boleh menjadi Rakan Dewan untuk membolehkan saudara menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti menggunakan pekhidmatan perpustakaan, membeli buku sastera dengan potongan harga, menghadiri seminar tentang kesusasteraan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 21.12.2007 |