Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. | Tatabahasa | 23.06.2009 |
adakah betul: saya mempertajam pisau itu kerana sudah tumpul. atau mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. Arang itu diperalat oleh ali untuk melukis gambar. | Kesemua contoh ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ayat-ayat di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Pisau itu tajam kerana ia baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Salah, struktur yang betul ialah "Pisau itu tajam kerana baru diasah oleh ayah." | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Salam.Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi 'Descaling Knife'? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu khusus untuk "descaling knife" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pisau buang sisik atau pisau sisik. | Istilah | 08.04.2013 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Salam, Harap beri sedikit panduan (secara am) bagaimana untuk mengguna imbuhan "kan" pada jenis-jenis atau ragam ayat sbg contoh: dia mengguna pisau untuk masuk rumah itu dia menggunakan pisau untuk masuk rumah itu diguna vs digunakan Lain kata, apakah peranan "kan" dalam tatabahasa? TK | Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga men- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Dalam ayat contoh yang diberikan penggunaan yang betul ialah dia menggunakan pisau ... (ayat aktif transitif) dan rencana itu saya bukukan (ayat pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185. | Tatabahasa | 26.12.2011 |
Saya meraut pensel dengan pisau tajam. Saya meraut pensel dengan tajam. Adakah kedua-dua ayat di atas betul dari segi tatabahasa? TK | Ayat yang pertama betul. Ayat kedua saya meraut pensel sehingga tajam. Saya menajamkan pensel dengan pisau. | Lain-lain | 21.10.2006 |
apakah penjodoh bilangan untuk pengasah pisau? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk, saiz atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak lazim digandingkan dengan penjodoh bilangan apatah lagi bentuknya kini berubah. Contohnya, dahulu pengasah pisau dibuat dalam bentuk kepingan, maka boleh disebut 'sekeping pengasah pisau'. Tetapi kini pengasah pisau dicipta dalam bentuk yang berbeza, maka penjodoh bilangannya juga perlu berubah sesuai dengan bentuk dan keadaannya. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Manakah jawapannya Para petani di negara kita menggunakan ________ untuk memotong padi. A tuai B sabit C pisau D ketam | Para petani di negara kita menggunakan tuai untuk memotong padi. - tuai ialah pisau pemotong padi. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Perkataan ulu dan hulu adakah boleh digunakan untuk kepada keris , pisau, cangkul dan seumpamanya. Contoh: _____ keris itu dibuat daripada perak. a. hulu b ulu Apakah pilihan jawapan yang tepat ? | Jawapan yang betul ialah hulu, rujuk makna keempat hulu, iaitu tangkai atau pemegang bagi pisau, keris, cangkul, dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| pisau (kata nama) | Bersinonim dengan badik, belati, belintan, cundrik, curik, kerambit, lawi ayam, nenram, pisau calung,
pisau cukur, pisau getah, pisau lipat, pisau makan, pisau raut, pisau sadap, pisau wali., | |
|
Puisi |
---|
|
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Lihat selanjutnya... |
|