Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq) | 1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu. Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |
telefon pintar | Telefon pintar ialah istilah bahasa Melayu untuk "smartphone". | Istilah | 31.12.2012 |
makna perkataan PINTAR | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pintar bermaksud cekap, pandai, banyak akal dan cerdik. | Makna | 20.02.2009 |
Apa makna 'perkongsian pintar'? Terima kasih | Sdr. Mayling 6572, soalan ini tidak ada kaitan dengan bahasa. Tetapi apa yang saya faham tentang soalan Sdr. ialah kita cuba mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama. | Lain-lain | 28.09.2007 |
Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasih | Untuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 17.04.2013 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "push notifications"? Perkataan ini digunakan bagi aplikasi telefon pintar. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "push notifications". Sila berikan maksud atau konsep perkataan tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 03.10.2013 |
Salam, saya dilanda masalah dengan pilihan jawapan bagi soalan berikut (isi tempat kosong) : Zulaikha merupakan seorang murid yang pintar di sekolahnya. Dia sangat (rajin / tekun) belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga (rajin / tekun) mengulang kaji pelajaran. Diharap tuan / puan dapat memberi saya tunjuk ajar. Terima kasih. | Dia sangat rajin/tekun belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga rajin/tekun mengulang kaji pelajaran. - kedua-dua kata, iaitu rajin dan tekun boleh menjadi pilihan jawaban bagi ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2010 |
Salam Sejahtera, Kami sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku cerita yang mengumpulkan cerita-cerita daripada beberapa pelajar di sekolah PINTAR. Cerita-cerita dalam buku tersebut merupakan olahan pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar atau cerita teladan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain yang membacanya. Sasaran golongan pembaca adalah kanak-kanak dan remaja berusia 9-15 tahun. Kami bercadang untuk menerbitkan dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan telah melantik dua orang pengarang untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai penasihat bahasa bagi cerita yang diolah dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan khidmat semakan bahasa daripada DBP untuk menyemak cerita yang telah dikarang bagi memastikan tatabahasa dan olahan cerita digarap dengan baik agar objektif untuk memberi inspirasi kepada pembaca tercapai. Jadi boleh kami tahu dengan siapa kami boleh berhubung untuk perkara ini dan apakah langkah yang harus kami lakukan dalam mendapatkan khidmat semak bahasa oleh DBP. Kami boleh menghantar cerita contoh untuk dijadikan rujukan pihak DBP. | Khidmat nasihat bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen melebihi 100 patah perkataan. Walau bagaimanapun DBP boleh membantu saudara mengenal pasti pegawai yang boleh melaksanakan tugasan tersebut di luar waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Puteri Aishah melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif- | 1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh. 2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart. | Istilah | 05.07.2012 |