Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
'Petua-petua ini merupakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan yang sangat praktikal.' Adakah kedua-dua 'langkah' dan 'petua' dalam ayat di atas harus diulangi? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana perkataan tersebut boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Tuan, bolehkah "Tip-tip" digunakan? Tip-tip, gandaan bagi Tip, iaitu petua. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah petua (bukan tip). Petua boleh merujuk tunggal atau jamak, oleh itu tidak perlu digandakan menjadi petua-petua. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah. | 1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan) 3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
Sdr, tolong berikan petua tentang penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Kenapa "Model Baru Ekonomi", bukan Model Baharu Ekonomi, contohnya. Sekian, terima kasih. | Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Oleh itu, Model Baru/Baharu Ekonomi adalah betul. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaik | Paling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
Penjelasan: ungkapan tip untuk menjadi penulis bestseller ada unsur bahasa rojak? | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'tip' ialah petua. Dalam contoh ayat yang diberikan memang terdapat penggunaan bahasa rojak. | Tatabahasa | 16.10.2009 |
mendapatkan cara-cara menjawab soalan Bahasa Melayu SPM. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Bagi memudahkan saudara mendapatkan maklumat berkaitan soalan ini, sebaiknya saudara merujuk buku-buku SPM atau guru SPM kerana dapat berhubung secara langsung dan mendapat petua yang terbaik bagi menjawab soalan. Terima kasih. | Lain-lain | 07.01.2007 |
Saya inginkan penjelasan mengenai istilah mana yang betul: orang-orang tua atau orang tua-tua. Terima kasih. | Istilah orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama, manakala orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 22.07.2010 |