Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
askum, saya ingin mengetahui maksud dan perbezaan antara petikan langsung dan tak langsung. | petikan langsung : petikan tepat, terus dan tidak menyeleweng petikan tak langsung : petikan secara tidak terus | Makna | 17.05.2009 |
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih. | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun". | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Assalam.saya ingin mengetahui cara menulis petikan hadis dan ayat al-Quran dalam artikel atau buku ilmiah dengan betul. Sekian, terima kasih. | Penulisan petikan hendaklah menggunakan tanda petik " " pada awal dan akhir petikan termasuklah petikan daripada ayat al-Quran dan Hadis. Kami mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan tuan kerana terdapat masalah teknikal dalam hal ini. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 22.10.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan petikan langsung dan petikan tak langsung?harap dapat terangkan secara terperinci bersama beberapa contoh bagi menambah kefahaman.terima kasih. | Petikan langsung melibatkan cakap ajuk dan yang tak langsung cakap pindah dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.01.2008 |
Ayat yang manakah betul atau tepat? Petikan membincangkan tentang punca-punca...atau Petikan membincangkan punca-punca..... | Ayat yang betul ialah 'Petikan membincangkan punca-punca... Jika menggunakan 'tentang' ayat yang betul ialah 'Petikan berbincang tentang punca-punca..... | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Tolong jelaskan samada penggunaan 'di' dalam frasa berikut betul. - di dalam petikan. | kata sendi nama yang betul ialah dalam petikan, bukan di dalam petikan. Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 285. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih. | Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media. | Lain-lain | 28.09.2012 |
Ayat petikan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. m/s 195 : (1)Hasnah membelikan Asri sebuah buku. m/s 207 : (2) Ali memberi kucing makanan. Mengapakan wujudnya sifat objek yang begitu berbeza antara kedua-dua ayat di atas. Mengapakah ayat kedua tidak menggunakan kata kerja transitif` memberikan`kerana `beli` dan `beri` hanya berbeza dari segi fonem `r` dengan `l`. Terima kasih | Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk pengetahuan Encik saya sendiri sedang meneliti masalah yang diberikan. Saya juga akan membawa persoalan ini kepada penulis buku tatabahasa untuk mendapatkan penjelasan. Satu lagi contoh yang menjadi kemuskilan ialah ayat yang berikut, Ali menaiki tangga dengan Ali menaikkan tangga.Terima kasih | Tatabahasa | 10.04.2009 |
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih. | Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. | Tatabahasa | 17.09.2008 |
Mohon penjelasan petikan berikut: "Bernama Radio24 ~Menguji kelajuan internet~ Dengarkan Azli On Air ICT dan Anda sekarang! Sebarang soalan 03 2692 7939" - dengarkan atau degar? | "dengar Azli ..." atau "dengarkan Azli..." - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah. | Tatabahasa | 06.11.2012 |