Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sy ingin cadangkan nama "(burung) pertapa Rodrigues" sebagai padanan bagi "Rodrigues solitaire" yg merupakan sejenis burung yg sudah pupus spesies "Pezophaps solitaria". Ia disebut sebagai "solitaire" kerana sikapnya yang suka hidup menyendiri. Burung ini saudara dekat kepada dodo dan merpati emas, dan awalnya ditemukan di Rodrigues. | Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. | Lain-lain | 19.07.2024 |
Selamat sejahtera. Soalan saya berkenaan nama orang China purba.Sebagai contoh, penyajak terkenal China, Li Bai mempunyai nama lain (dalam bahasa Cina ialah "zi", dalam bahasa Inggeris ialah "courtesy name") Taibai dan mempunyai satu lagi nama yang diberikan oleh diri sendiri (dalam bahasa Cina ialah "hao", dalam bahasa Inggeris ialah "literary name"), iaitu Qinglian Jushi (secara harfiah, Pertapa Teratai Hijau). Adakah zi dan hao boleh digunakan terus dengan dicondongkan, atau terdapat cadangan penterjemahan yang lebih sesuai? | Kami mencadangkan supaya perkataan zi dan hao dicondongkan sekiranya hendak digunakan dalam penulisan kerana kedua-duanya merupakan perkataan asing. | Lain-lain | 25.08.2017 |
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'? | Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut: Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa). Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai). | Tatabahasa | 16.03.2009 |
|
|