| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apakah ejaan yang betul bagi sebahagian jalan dari jalan utama: PERSIARAN atau PESIARAN? Contoh - Persiaran Dataran Ipoh atau Pesiaran Dataran Ipoh. | Ejaan yang betul ialah persiaran/Persiaran Dataran Ipoh. | Lain-lain | 05.11.2010 |
| MANAKAH YANG LEBIH TEPAT UNTUK DIGUNAKAN: I. JALAN PERSIARAN ATAU JALAN PESIARAN 2. BAS PERSIARAN ATAU BAS PERSIARAN | Menurut Kamus Dewan, persiaran ialah hal atau perbuatan bersiar-siar. Jawapan yang betul dan tepat ialah Jalan Persiaran dan Bas Persiaran. | Ejaan | 25.09.2006 |
| adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan. | Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan. | Tatabahasa | 14.10.2016 |
| boulevard | persiaran perdana | Lain-lain | 03.12.2008 |
| Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih. | Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong. | Tatabahasa | 20.08.2014 |
| sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas. | DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar. | Istilah | 14.10.2016 |
| Terjemahan 'temperature excursion'? Pertanyaan sebelum ini, tuan jawab: Dalam bidang kejuruteraan excursion diterjemahkan kepada ekskursi atau persiaran. jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya kami cadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada suhu persiaran. Tetapi saya dalam bidang kesihatan. Contoh ayat: Temperature excursions based on stability data for each product must be readily available to distribution staff. Bolehkah diterjemah kepada: 'penyimpangan suhu' | Untuk makluman, "penyimpangan" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "deviation". Kesesuaian terjemahan perkataan ini bergantung pada konsep atau makna perkataan tersebut. Sekiranya tuan pasti maksud istilah ini ialah "suhu tersebut menyimpang daripada suhu yang lazim atau standard", perkataan "penyimpangan" boleh digunakan. Setelah merujuk internet, maksud yang diberi untuk "temperature excursion' ialah "differences in temperature relating to environmental factors" (perbezaan suhu ysng berkaitan dengan faktor persekitaran). Berdasarkan maksud ini, istilah tersebut boleh juga diterjemahkan kepada perbezaan suhu. | Istilah | 17.03.2014 |
| return coach transfer | bas persiaran pergi balik | Lain-lain | 11.04.2007 |
| Salam. Terdapat beberapa jenis laluan kereta seperti jalan, lebuh, persiaran, lorong, lebuh raya, cangkat, liku, laluan, dsb. Apakah perbezaannya, dan bilakah masa yang sesuai untuk digunakan, kerana saya lihat beberapa percanggahan dalam penggunaannya di Malaysia. Ada juga beberapa istilah yang saya jumpa sekitar Pulau Pinang seperti gat, lengkok, solok, dan lintang, namun saya tak dapat jumpa takrifannya yang berkenaan di dalam KDP. Dan apakah terjemahan masing-masing dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | Salam sejahtera, Jalan, lebuh raya, lorong, cangkat, laluan dan sebagainya itu mempunyai beberapa perbezaan terutamanya daripada segi saiz, kedudukan, struktur dan fungsi. Sebagai contoh, lebuh raya merujuk kepada jalan yang lebih besar, mempunyai struktur yang lebih canggih, biasanya terdiri daripada lebih daripada satu lorong dan direka untuk membolehkan perjalanan yang lebih jauh, manakala lorong pula ialah jalan atau laluan kecil yang biasanya terdapat di antara rumah-rumah, bangunan-bangunan dan sebagainya. Kata gat, lengkok, solok dan lintang didapati ada digunakan dalam penamaan sesetengah nama jalan. Pemberian nama jalan tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bentuk dan kedudukan jalan tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihannya. | Makna | 28.11.2025 |
| BALAI RASMI LEMBAGA ADAT UNDANG NANING KE 19 LOT NO 190 PERSIARAN BUNGLO A' FAMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAH | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 23.01.2015 |