Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA?? | Saudara Hoe, Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa. | Lain-lain | 28.05.2010 |
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa??? | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu. | Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan. Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas. | 1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
bagaimanakah cara untuk saya mempersembahkan karya saya seperti sajak dan sebagainya? | Dalam hal ini soalan sdr amat tidak jelas atau kabur. Maksud saya mempersembahkan sajak untuk apa? Adakah untuk persembahan deklamasi di pentas atau persembahan untuk media cetak/elektronik? Harap dapat jelaskan. Terima kasih dan salam. | Lain-lain | 08.09.2008 |
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya mempunyai kemusyikilan tentang terjemahan yang tepat untuk perkataan 'presentation' dalam konteks ICT. Adakah perkataan ini boleh diterjemahkan sebagai pembentangan atau penyampaian atau persembahan? Yang manakah lebih tepat dari sudut tatabahasa? Saya mohon bantuan dari pihak tuan untuk menjelaskan hal ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk presentation dalam bidang Teknologi Maklumat ialah persembahan. Istilah penyampaian dan persembahan terdapat dalam bidang lain seperti Pendidikan dan Pentadbiran. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan bahasa Melayu bergantung pada konsep dan konteks istilah tersebut. | Istilah | 30.08.2012 |
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Adakah terjemahan yang lebih tepat bagi 'roadshow' selain dari 'persembahan dalam kunjungan'? Tk. | Padanan kata roadshow dalam bahasa Melayu ialah jerayawara. | Istilah | 26.03.2009 |