Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaan | Perniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi. | Makna | 14.02.2007 |
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan. | Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia). | Makna | 13.02.2007 |
master of business administration bachelor of | sarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaan | Lain-lain | 10.02.2009 |
Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya" | Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan. | Tatabahasa | 09.01.2009 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki | Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2009 |
Minta penjelasan DBP berhubung ketepatan penggunaan di antara perkataan "ialah" dan "adalah". Contohnya: Penggunaan yang mana lebih tepat, Perniagaan anda ialah keutamaan kami. ATAU Perniagaan anda adalah keutamaan kami. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Perniagaan anda ialah keutamaan kami." Untuk makluman, kata pemeri ialah hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti (untuk, pada, dalam, dll) dan kata adjektif sahaja. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Untuk maklumat pihak tuan, kami ingin memaklumkan bahawa keterangan aktiviti perniagaan yang dilampirkan adalah merujuk kepada dua aktiviti perniagaan yang berbeza iaitu Pusat Servis dan Alat Ganti. Kami ingin memohon kerjasama pihak tuan agar mempertimbangkan permohonan kami untuk mengekalkan penggunaan bahasa pada papan tanda PERODUA. Sekian, terima kasih | Berdasarkan keterangan yang diberikan, aktiviti perniagaan yang betul ialah PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN. "Pusat Servis Alat Ganti" bermaksud tempat ini hanya menservis alat ganti sahaja. | Tatabahasa | 27.11.2013 |
consignment (bidang perniagaan) | konsainan | Istilah | 25.02.2011 |
bisnes | perniagaan | Lain-lain | 27.05.2008 |