Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya tidak dapat tunaikan permintaan awak Kenapa ayat ini salah? | Ayat yang betul ialah Saya tidak dapat menunaikan / memenuhi permintaan awak. | Tatabahasa | 30.04.2008 |
salam sejahtera... Boleh tak lampirkan borang DPK-1/2010 untuk kegunaan DBP Sabah. Terima kasih Christofer J. Molie | Soalan/permintaan saudara di luar skop khidmat nasihat bahasa, sila kemukakan terus permintaan tersebut kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 03.05.2010 |
Harap maaf . Ini merupakan cadangan atau permintaan . Saya kadang-kadang mengalami masalah mendapatkan simpulan bahasa/peribahasa yang sesuai semasa membuat terjemahan kerana kamus yang ada hanya dapat membantu jika kita inginkan makna sesuatu peribahasa. saya ingin mencadangkan supaya diadakan senarai peribahasa/simpulan bahasa mengikut kata kunci dari segi maksud atau maknanya. Saya rasa ini juga dapat membantu dalam kerja-kerja kajian. Harap permintaan ini dapat di pertimbangkan. Terima kasih. | Berhubung dengan cadangan saudara tersebut, sila layari laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci peribahasa pada ruang carian spesifik. | Lain-lain | 10.02.2009 |
salam sejahtera Tuan, permintaan saya : Boleh tak tuan tunjukkan perbezaan penggunaan 'gariskan ' dengan 'garisi' dengan contoh ayat? (2) Yang manakah betul?, ...di peringkat kebangsaan ATAU ...pada peringkat kebangsaan. Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. 2. ... pada peringkat kebangsaan. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
1. Ini adalah sebuah permintaan daripada penduduk kampung. 2. Hal itu adalah satu usaha yang sangat baik. Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan perkataan adalah dalam kedua-dua ayat ini. Terima kasih atas jawaban yang lalu dan jawapan terhadap kemusykilan ini | "Adalah" merupakan kata pemeri yang digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, manakala "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu bagi kedua-dua ayat di atas, perkataan "adalah" hendaklah digantikan dengan "ialah". | Tatabahasa | 10.11.2009 |
Senarai kata sapaan etnik-etnik di malaysia | Jawapan kepada permintaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakaan di IPTA atau IPTS. | Lain-lain | 19.06.2008 |
AKUM, BOLEH TOLONG BERI MAKLUMAT BERKAITAN BAHASA MELAYU MODEN (SUKATAN BM STPM). TERIMA KASIIH | Permintaan Sdr tidak dapat dipenuhi kerana tiada kaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Apa beza tanya dan soal? | Merujuk Kamus Dewan kata tanya ialah sesuatu permintaan yang berkaitan dengan perjelasan. Manakala kata soalan ialah sesuatu yang ditanyakan( dlm peperiksaan dll). Untuk membantu sdr memahami makna kata tersebit, sdr dinasihatkan supaya menggunakan Kamus Dewan dalam talian di Laman web DBP. | Tatabahasa | 05.02.2009 |
Apakah perbezaan maksud perkataan MOHON dengan MINTA | 'Mohon' bermakna minta; minta izin; mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan. 'Minta' menyatakan mahu akan sesuatu atau memohon untuk mendapatkan sesuatu. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1040 dan 1034. | Makna | 18.07.2010 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendaftar sebagai penyelidik supaya dapat menggunakan Korpus DBP untuk menjalankan penyelidikan tetapi sistem tersebut sering menolak permintaan saya dengan alasan 'Pendaftaran tidak berjaya!' Saya berharap agar tahu akan sebabnya. Selain itu, bagaimanakah pengguna boleh memperolehi ID pengguna dan kata laluan supaya dapat menggunakan korpus sastera? Adakah dalam laman web DBP, pihak berkuasa hanya membekalkan perkhidmatan daripada kedua-dua korpus tersebut sahaja? Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas keprihatinan saudara memanfaatkan perkhidmatan yang kami sediakan dalam ruang bmaya ini. Untuk makluman saudara, sistem korpus bahasa tiada masalah dan saudara boleh mengakses sistem tersebut berdasarkan arahan yang diberikan dalam sistem. Sistem korpus sastera memang bermasalah buat masa ini dan hal ini telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP dan kami berusaha menanganinya secepat mungkin. | Lain-lain | 18.03.2011 |