Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pelakuan atau perlakuan ? petinju atau peninju ? | Yang betul ialah perlakuan bermaksud apa yang dilakukan atau perbuatan. Petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju, manakala peninju ialah penumbuk atau tinju. | Tatabahasa | 19.12.2009 |
apakah maksud diskriminasi? | Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetik | Disleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum. | Makna | 28.09.2007 |
maksud psikologi | Psikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; | Makna | 16.07.2009 |
perlakuannya yang kasar itu menyakitkan hati rakan-rakannya. tuan, saya berasa kekeliruan antara kelakuan dengan perlakuan. Bolehkah ayat ini digantikan dengan kelakuannya? Tq | Kelakuan dan pelakuan membawa maksud yang sama iaitu perbuatan. | Tatabahasa | 18.08.2011 |
assalamualaikum/ salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian adakah perkataan bahasa Arab bagi senarai nama nabi dan rasul, perlakuan solat, dll dalam ejaan Bahasa Inggeris sama dengan ejaan dalam Bahasa Melayu? Adakah terdapat satu standard ejaan bagi perkataan dalam bahasa Arab yang telah dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris? | Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, terbitan DBP merakamkan ejaan (Rumi dan Jawi) perkataan yang diambil daripada Kamus Dewan dan beberapa buku istilah. Panduan mengeja perkataan pinjaman termasuklah kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris diterangkan dalam buku ini. | Ejaan | 19.10.2011 |
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"? | Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 05.09.2013 |
Apakah yang dimaksudkan denagan fundamentalisme,Ekstrimisme dan Terrorisme. | Fundamentalisme bermakna keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Ekstrémisme faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem. Terrorisme ialah keganasan, ganas. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
apakah maksud isme | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, -isme ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme. | Makna | 21.02.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut? | Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih. | Tatabahasa | 09.08.2007 |