Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa . | Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |
Unit Perkembangan Akademik | Perkembangan - hasil berkembang Pengembangan - proses mengembang | Tatabahasa | 03.01.2008 |
artikel perkembangan bahasa melayu di sarawak | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2003 . 2. Monograf Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Malaysia di Sarawak Prof Dato' Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) . 3. Seminar perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 | Lain-lain | 01.08.2007 |
APAKAH PERKEMBANGAN PUISI PADA MASA KINI? | Perkembangan puisi masa kini boleh dirujuk kepada buku terbitan DBP iaitu Buku Sejarah Puisi Sehingga 1990. Buku boleh didapati di Pusat Dolumentasi Melayu DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri. Perkembangan puisi sehingga tahun 2000 masih dalam kajian oleh pihak DBP dan insya'-Allah akan diterbitkan sebelum tahun 2010. Dalam hal ini, sejarah perkembangan puisi bukan suatu kerja yang mudah dan memerlukan kajian yang teliti. | Lain-lain | 05.08.2007 |
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17? | Sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17 dibincangkan secara ringkas dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, BaB 1. Rujuk juga buku Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); dan Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI). | Lain-lain | 16.03.2008 |
saya ingin tahu mengenai faktor yang menyebabkan perkembangan sastera Melayu moden. terima kasih. | DBP telah menerbitkan empat (4) buah buku Sejarah Perkembangan Sastera Melayu Moden mengikut genre iaitu: Cerpen, Novel, Puisi dan Esei. Sila rujuk kepada buku tersebut untuk mengetahui faktor perkembangan sastera Melayu moden. | Lain-lain | 30.09.2007 |
1. apakah faktor2 yg menyebabkan berlakunya perkembangan kosa kata melayu dalam bidang komputer dan telekomunikasi? 2. cadangan buku yang sesuai untuk dijadikan panduan dalam membincangkan tentang perkembangan kosa kata dalam bidang komputer dan telekomunikasi dalam kamus dewan | Antara faktornya ialah perkembangan ilmu di peringkat global dalam bidang berkenaan. Sdr. boleh rujuk buku/glosari/kamus dalam bidang komputer yang terdapat dalam pasaran. | Lain-lain | 12.04.2008 |
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBP | Saudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP. | Lain-lain | 08.10.2007 |
PERSOALAN TENTANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA, ADAKAH PERKEMBANGAN ITU HANYA MERUJUK DI MALAYSIA ATAU MANA-MANA NEGARA? | Jika persoalannya ialah Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, bermakna isu ini merujuk isu bahasa Melayu di sesebuah negara yang merdeka dan dalam konteks kita ialah negara Malaysia. | Lain-lain | 12.08.2008 |