Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi? | 1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja. 2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan. | Lain-lain | 29.03.2021 |
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk. | Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk nasi |
|
Puisi |
---|
|
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 150 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|