Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan) | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Saya ingin perincian waktu yang tepat dalam bahasa Melayu. Contohnya waktu pagi dari jam berapa hingga jam berapa, petang, malam, dinihari dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat kekeliruan ketara terutama dalam penentuan waktu tengah hari seperti 1.30 petang, 7.00 petang dan lain-lain. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Lain-lain | 03.03.2012 |
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharap perkara ini dapat diselaraskan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perincian yang harus ada dalam lesen penerbitan atau penerimaan dan penawaran manuskrip untuk tujuan terbitan antara penulis dengan penerbit. Kadar royalti yang umum untuk penerbitan novel remaja. Terima kasih. | Salam, Antara perkara penting yang perlu ada dalam lesen penerbitan adalah kadar royalti, kaedah pembayaran royalti, jenis hak yang diberi oleh penulis kepada penerbit, kuasa/hak penerbit dan penulis, tarikh/tempoh karya perlu diterbitkan dan juga tempoh perjanjian. Kadar royalti pula adalah berbeza mengikut penerbit. Agggarannya antara 7-15%. | Lain-lain | 17.11.2009 |
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGAN | Bahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP. | Lain-lain | 16.05.2008 |
Salam. Saya ingin bertanya terjemahan untuk Pyramid Stud bagi perincian mengenai batu yang menatah pada gelang seperti dalam lampiran. terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus "pyramid stud" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "gold stud", iaitu tatah emas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tatah batu permata berbentuk piramid. | Istilah | 18.07.2013 |
apakah maksud spesifikasi? | Spesifikasi ialah butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu; perincian (tentang sesuatu) | Makna | 06.05.2008 |
DEFINSI TEKNIKAL,VOKASIONAL,TEKNOLOGI | Sdr, atitein, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~. - 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
- 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi
| | | | | | |
| Istilah | 27.03.2009 |
Jika ingin berkhidmat dengan DBP, di manakah biasanya iklan jawatan kosong diiklankan? Bagaimana untuk memohon sebarang jawatan jika ingin berkhidmat dengan DBP? Terima kasih. | Sdr Shafarila, Bagi setiap jawatan kosong, kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Mingguan Malaysia. Di samping itu, perincian butiran iklan juga akan kami paparkan di dalam laman web kami. Sdr boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web kami, atau datang sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan mengemukakan sampul surat berukuran 38cm x 25cm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pertimbangan akan dibuat berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan bagi sesuatu jawatan. | Lain-lain | 24.10.2009 |
SAYA BERHASRAT UNTUK MENERBITKAN BUKU LATIHAN PENGUASAAN JAWI BAGI SEMUA PERINGNGKAT UMUR. KEPADA SIAPA SAYA PERLU BERHUBUNG MENGENAINYA? | Sdr boleh menghubungi alamat berikut: Buku bagi Pembaca Umum: Ketua Editor, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Buku bagi Pembaca Peringkat Sekolah: Ketua Editor, Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur. Sila layarai laman sesawang DBP bagi mendapatkan perincian no. telefon dan alamat e-mel. | Lain-lain | 19.08.2010 |