Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud perkataan penghayatan? bagaimanakah kita boleh menunjukkan penghayatan? apakah perkataan bahasa inggeris yang sinonim dengan perkataan penghayatan ? terima kasih | Penghayatan bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin. Sila jelaskan apakah yang saudara maksudkan dengan cara untuk menunjukkan penghayatan? Perkataan bahasa Inggeris yang boleh membawa maksud menghayati ialah "feel" atau "appreciate". | Makna | 22.07.2009 |
definisi persekolahan | Persekolahan ialah perihal sekolah, iaitu perihal masa belajar di sekolah (menurut Kamus Dewan Edisi ke-4) | Makna | 16.01.2009 |
pengertian bagi kelahiran dari segi sosial | Kelahiran ialah sesuatu yg berkaitan dgn perihal lahir, perihal keluar atau terhasilnya sesuatu. Untukmakna yanglebih khusus atau mengikut bidang sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 01.08.2008 |
Erti Pengurusan dan Perkhidmatan. Laman mana atau dimana saya boleh mendapat rujukan tajuk tersebut | Perkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) manakal pengurusan pula ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 28.05.2008 |
makna perkataan pengurusan pembayaran.Telah masuk dalam carian kata tapi carian tidak berjaya kerana tiiada rekod. | Pengurusan ialah perihal (kerja, dan sebagainya) mengurus sesuatu, atau perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan sebagainya). Oleh itu, 'pengurusan pembayaran' bermakna perihal mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran. | Makna | 26.12.2007 |
maksud perkataan "perihal diri sendiri" | Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami. | Makna | 10.07.2009 |
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan. | Makna | 10.09.2008 |
Apa beza 'pendamaian' dengan 'perdamaian'? | Pendamaian bermaksud perihal mendamaikan dan perdamaian bermaksud perihal berdamai. | Makna | 20.06.2013 |
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut? | 1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan. | Tatabahasa | 28.06.2013 |
DEFINISI PENGINDAHAN BANDAR | Kamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan; perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. | Makna | 10.06.2009 |