Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Definisi bagi perkataan Jururawat Pergigian | Jrurawat pergigian ialah orang yang bertugas membantu doktor gigi/merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian. | Makna | 07.05.2009 |
Terapist - jururawat pergigian | terapi | Lain-lain | 25.03.2008 |
salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan.. | Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina | Tatabahasa | 09.07.2011 |
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih! | Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "Adjung"? Adakah ianya satu perkataan di dalam bahasa Melayu ataupun frasa dalam bahasa English.. mohon bantuan | Perkataan 'adjung' berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'adjunct'. walau bagaimanapun perkataan ini telah diterima dalam istilah bahasa Melayu mengikut bidang. Misalnya, dalam bidang farmasi, linguistik dan pergigian maksud bagi 'adjunct' ialah tambahan, adjung. Harap maklum. | Istilah | 27.12.2006 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasih | Untuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang. | Istilah | 12.10.2012 |