Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada Allah | Percaya kepada Allah. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Jangan percaya pada/kepada ramalan tok nujum. | Jangan percaya pada ramalan tok nujum. | Tatabahasa | 20.12.2011 |
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat. | Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 01.11.2011 |
Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". [Betulkah begini?] | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 17.11.2011 |
Tuan, bagaimana tanda baca dalam teks yang ada mutiara kata seperti berikut? Adakah menggunakan tanda petik dua atau tanda petik tunggal? Bagaimana kedudukan tanda petik itu, adakah sebelum noktah atau selepas noktah: Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". | Penggunaan tanda baca yang betul - Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". | Ejaan | 17.11.2011 |
apakah maksud paranoid? | Paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain. | Makna | 04.02.2010 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian. | Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2012 |
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih! | 1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa; 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan) | Tatabahasa | 13.04.2010 |
syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |
|
Puisi |
---|
|
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.
Lihat selanjutnya... |
|