Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud perbadanan kerajaan | Perbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Lain-lain | 21.04.2010 |
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042 | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Contoh ayat: Anggota Perbadanan dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan .......... soalan - sama ada penggunaan "dipohon" itu tepat atau tidak dan jika salah, mohon mencadangkan ayat yang tepat...TQ | Penggunaan yang tepat adalah seperti yang berikut: Anggota Perbadanan dimohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan .... Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 1040 dan 1220. | Tatabahasa | 31.03.2009 |
Mohon semakan ejaan Jawi Perbadanan Tabung pendidikan Nasional seperti di lampiran. | Betulkan ejaan tabung - ta alif ba wau nga | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Apakah ejaan jawi bagi perkataan Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. | | Ejaan | 13.11.2013 |
kata nama khas | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |
definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusia | Organisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia adalah dari segi perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. | Makna | 28.06.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan? | Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan. | Makna | 01.03.2007 |