Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya. | PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKET Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya. | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Apakah beza antara puisi, sajak dan pantun? Terima kasih | Puisi ialah karangan berangkap. Kata-katanya disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menggunakan irama, bunyi dan kiasan. Puisi dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam puisi tradisional terdapat empat bentuk puisi yang penting, iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. dalam puisi moden pula hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu yang dikenali sebagai sajak. Pantun ialah jenis puisi tradisional atau lama yang terikat dengan ciri-cirinya, sebagai contoh pantun empat baris serangkap, yakni dua baris pertama dikenali sebagai pembayang atau sampiran dan dua baris terakhir dikenali sebagai maksud. Sajak pula ialah puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional seperti pantun. Justeru, sajak lebih bebas penciptaannya. | Lain-lain | 17.05.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu kiranya ada jabatan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tulisan jawi dimana mereka mempunyai format-format atau peraturan-peraturan tertentu untuk penerbitan didalam tulisan jawi. Diharap tuan dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih. | DBP ada menerbitkan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu yang menyentuh tentang ejaan Jawi dalam Bab Tiga "Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan. Selain itu, DBP juga menerbitkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2 jilid). Saudara juga digalakkan menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang hal ini. | Ejaan | 25.02.2009 |
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'? | Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi. | Tatabahasa | 31.05.2007 |
Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Soalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula dan sertakan penjelasan soalan tersebut. | Tatabahasa | 02.10.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Soalan : Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Sila lihat jawapan yang diberikan. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
bagaimana cara untuk memperbaiki dan menguasai bahasa melayu | Saudara, Cara yang terbaik untuk memperbaik dan menguasai bahasa Melayu adalah dengan banyak membaca buku tatabahasa dan makalah yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah, membuat rujukan tentang penggunaan bahasa Melayu , memahami peraturan-peraturan dan pedoman bahasa yang sedia ada dan mengikuti perkembangan bahasa Melayu melalui pelibatan dalam kegiatan-kegiatan yang diadakan di tempat saudara. | Lain-lain | 11.11.2009 |
saya mahu menerbitkan sebuah buku. tetapi saya tidak tahu dimana mahu menerbitkannya dan ingin melindungi rekacipta saya tanpa ditiru oelha pihak lain? | Bahan tersebut boleh dihantar kepada mana-mana penerbit yang bersetuju untuk menerbitkannya. Tentang pemilikan dan perlindungan hak cipta, sila rujuk Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |