Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |
pakah yang dimaksudkan dengan implikasi dan apakah peranti perangkap dan daripada manakh asalnya bahasa melayu baku. | Implikasi ialah kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Sila nyatakan konteks penggunaan peranti perangkap untuk dilihat maknanya. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa Melayu standard dan perkataan baku bermaksud sesuatu yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll.) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsbg. yang lain. | Makna | 14.10.2007 |
bagaimana menggunakan istilah bahasa melayu bagi istilah 'Android-running devices'? adakah peranti android mudah alih? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "android-running devices". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah peranti kendalian android. | Istilah | 03.07.2013 |
Antara 'pengkomputeran' dan 'pengkomputan', yang mana satu patut diguna? Kategori http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Peranti_output_pengkomputan wujud di Wikipedia. Tapi betulkah namanya? Atau sepatutnya 'Peranti output pengkomputeran'? Saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Kata/frasa yang betul ialah pengkomputeran dan Peranti Output pengkomputeran. | Tatabahasa | 14.10.2011 |
ASM, 1. Bagaimana perkataan mobile digunakan dalam BM. saya telah mencarinya dalam carian kata tetapi tiada maklumat tentang mobile. contohnya mobile device dan mobile learning tolong tejemahkan ke BM atau apakah istilah yang digunakan dalam BM . TK. | Puan Fairose, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'mobile' ialah 'mudah alih',' bimbit' atau 'bergerak' bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi perkataan 'mobile device' padanan bahasa Melayu ialah peranti bimbit/mudah alih. Bagi perkataan 'mobile learning' konteksnya sama dengan 'e-learning' atau 'distant learning', maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh. | Istilah | 28.05.2010 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan Kedai Fon dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan Kedai Fon betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. | Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan. | Istilah | 14.06.2012 |
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih | 1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul) 2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my. TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my. 3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman langsung. | Tatabahasa | 17.01.2013 |