Saya perlu menterjemah ayat ini kepada BM, namun saya tidak pasti jika ianya betul. "Use the slider below to preview different font sizes As you adjust the slider, the preview will update to show how font sizes will appear for articles with Reader Mode enabled. Find the most comfortable reading experience by moving the slider to your preferred setting." Ayat saya gunakan: Gunakan slider di bawah untuk melihat saiz teks berlainan Apabila anda mengalihkan slider, previu akan menunjukkan bagaimana saiz teks akan diperlihatkan dalam Mod Pembaca. Cari pengalaman membaca yang paling selesa dengan mengalihkan slider ke tetapan pilihan anda. | Kami mencadangkan terjemahan yang berikut sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan: Gunakan penyelak di bawah untuk melihat saiz fon yang berlainan. Apabila anda melaraskan penyelak, laporan saiz fon akan terpapar dalam mod pembaca. Dapatkan pengalaman membaca yang selesa dengan menggerakkan penyelak pada tetapan pilihan anda. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2024 |