Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin tahu apa itu maksud keselamatan awam dalam sesuatu daerah?? apakah penyebab utama? | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, keselamatan merujuk kepada perihal selamat, kesejahteraan dan keamanan. Awam pula merujuk kepada orang ramai sbg suatu keseluruhan atau terbuka kpd semua orang. Daerah pula merujuk kepada lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara). Merujuk kepada soalan kedua saudara : Apakah penyebab utama, saudara boleh membuat rujukan melalui majalah/buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. | Makna | 04.01.2008 |
Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih | 1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang. 2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Saya sedang melakukan satu kajian sosiologi tentang konsep sains. Terdapat satu istilah iaitu 'correlation does not imply causation' yang saya tidak tahu untuk terjemahkan. Saya ingin menanya sama ada wujudkah istilah yang sa,a atau hampir sama di dalam Bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak ada terjemahan bahasa Melayu untuk "correlation does not imply causation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk correlation ialah korelasi, causation ialah sebab-musabab, penyebaban, penyebab, sebab, dan padanan untuk imply ialah mengimplikasikan, menandakan, membayangkan, melibatkan. Cadangan terjemahan ialah "Korelasi tidak mengimplikasikan penyebab" atau "Korelasi tidak membayangkan sebab". | Istilah | 06.10.2012 |
1) Apakah perbezaan makna bagi kata sinonim dan sinonimi? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu bersinonim atau bersinonimi Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja gigit dan hiris. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerjamakan. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja lihat dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | 1) Apakah perbezaan makna bagi kata sinonim dan sinonimi? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik. 3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ; a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja gigit dan hiris. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja makan. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja lihat dan Sinonimi. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? | Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |